Wednesday, February 16, 2011

Makanan Untuk Otak EXAMO - CKM 500

EKONOPEK EXAMO













EKONOPEK EXAMO
Examo CKM 500 / Examo CKM-500 Plus
(RM 80.00)

Maklumat Produk

EXAMO - CKM 500
Makanan Neurofolik
Examo-CKM 500 edaran ERA EDAR adalah sejenis pamakanan minda yang telah diformulasikan oleh Prof Dr Azizan Ismail supaya dapat memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental seperti takut, cemas dan runsing.
Examo-CKM 500 juga dapat memberikan keyakinan serta mambangkitkan semangat di samping dapat menguatkan daya fikir dan mencerdaskan akal serta memperbaiki daya tumpuan, menghapuskan rasa letih, celaru dan bosan.
Pemakanan Examo-CKM 500 ini sesuai untuk semua peringkat umur. Adalah digalakkan untuk memberikan anak anda Examo-CKM 500 ini untuk kecerdasan minda anak-anak - menjadikan mereka cepat dan cekap dalam mempelajari sesuatu.

Kenapa EXAMO-CKM 500?
EXAMO-CKM 500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrien untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas, runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.
EXAMO-CKM 500 juga merupakan makanan berzat mengandungi nutrien biokimia yang menyuburkan otak dengan menggalakkan pertumbuhan ramisaraf aksosomatik dan aksodendritik pada sel neuron otak.
Rumusan EXAMO-CKM 500 juga mengandungi garam tisu biokimia triturat Kalsium Posfat, Kalium Posfat dan Magnesium Posfat dalam juzuk yang tetap.
Bagaimana EXAMO-CKM 500 bertindak?
Tubuh yang sihat dan bertenaga boleh melakukan pelbagai kerja. Apabila tenaga yang digunakan maka makin berkuranglah tenaga tersebut. Bila mana tenaga berkurangan, timbullah keadaan-keadaan seperti:
  1. Lesu
  2. Lapar
  3. Mengantuk
  4. Sengal otot dan sendi
  5. Lapar dan dahaga
  6. Marah-marah
  7. Tidak dapat meneruskan kerja
Untuk menghilangkan maslah tersebut, tenaga dapat dipulihkan. Bagaimana tenaga dapat dipulihkan?
Menurut kajian, ada 3 cara bagi memulihkan tenaga:
  1. Memberi semangat dan peransang
  2. Beristirehat
  3. Makan dan minum
Memberi Semangat Dan Peransang
Seorang pelumba jarak jauh (Marathon) akan menjadi letih dan tidak bermaya selepas berlari beberapa kilometer, tetapi apabila diberi perangsang dengan tepukan orang ramai, maka bertambahlah semangat dan kekuatannya untuk meneruskan larian. Demikian juga dalam kehidupan kita yang lain.
Beristirehat
Dengan cara beristirehat tenaga yang hilang dapat dipulihkan.
Makan dan minum
Makan dan minum boleh memulihkan tenaga yang digunakan. Apa yang harus dimakan?
Bagaimana Dengan Otak?
Demikianlah pula dengan otak. Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat. Bila otak melakukan kerja-kerja ringan seperti membaca, mengira dan menulis, ia cuma melibatkan penggunaan tenaga yang sedikit sahaja. Bila mana pula ia melakukan kerja-kerja berat seperti membuat analisis, merangka strategi dan sebagainya, maka sudah tentulah banyak tenaga yang digunakan.
Bila tenaga otak telah digunakan, maka kian berkuranglah tenaga itu. Apabila tenaga itu berkurang, maka timbullah keadaan-keadaan seperti:
  • Perasaan gementar, cemas dan bimbang
  • Bersifat pesimis dan bersikap negetif
  • Kurang keyakinan terhadap diri sendiri
  • Selalu letih dan tidak bertenaga
  • Sering diganggu kesedihan tidak menentu
  • Serabut fikiran dan kelesuan otak
  • Lemah daya berfikir dan rasa malas
  • Mudah lupa dan rasa jemu
  • Kurang daya tumpuan
Bagaimana Cara Untuk Memulihkan Tenaga Otak?
Seperti mana tenaga fizikal, otak juga perlu dipulihkan melalui 3 cara iaitu:
  1. Memberi semangat dan perangsang
  2. Beristirehat
  3. Makan
Memberi Semangat Dan Perangsang
Kaedah psikologi sering digunakan untuk membantu guru membaiki prestasi pelajarnya. Kaedah memberi semangat dan rangsangan daripada orang yang dihormati dan disayangi biasanya dapat memberi daya dan tenaga dalaman untuk bangkit dan terus maju.
Beristirehat
Bila sudah banyak bekerja menggunakan otak, dengan beristirehat akan dapat memulihkan sedikit tenaga otak. tetapi hasil kajian menunjukkan otak terpaksa terus bekerja walaupun tubuh dalam keadaan berehat.
Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Prof Dr Samuel dan rakan-rakannya dari Institut Weismann di Israel, didapati pada satu ketika, otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 tindakbalas elektrokimia. Oleh itu, otak sebenarnya kurang dapat berehat.
Makan
Sebagaimana tubuh, tenaga otak juga memerlukan makanan. Makanan otak digelar nutrien saraf.
Namun ada pendapat mengatakan kecerdasan akal seseorang bergantung pad bilangan sel neuron di otak. Dengan kata lain, kalau otak itu banyak sel neuron, maka cerdaslah (tinggi I.Q) orang itu dan kalau sedikit neuron, maka kurang cerdaslah (rendah I.Q) orang itu.
Kecerdasan Akal
Kecerdasan akal (I.Q ) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak. Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam otak.
Prof Pyotr Anokin dari Rusia dan rakan-rakan penyelidikannya mendapati bilangan neuron bukanlah faktor yang menentukan tinggi atau rendahnya tahap kecerdasan akal seseorang.
Menurut penyelidikan beliau, yang mempengaruhi kecerdasan akal seseorang ialah jumlah hubungan (connections) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit (dendritic fibres) di neuron. Otak yang cerdas adalah otak yang banyak membentuk hubungan atau jalnan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.
Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak, otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf. Bagaimana orang yang kurang cerdas? Bagaimana dia mampu menggalakkan pertumbuhan ramisaraf dendrit otak?
Kajian Prof Mark Rosenweig dari U.C.L.A dari Amerika Syarikat, menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya. Samalah halnya dengan pokok yang boleh menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting dengan memberikan zat makanan dalam bentuk baja, maka ramisaraf dendrit yang menyerupai ranting-ranting pokok itu pun boleh digalakkan tumbuh subur dengan memberikan zat makanan yang disebut nutrien saraf. Nutrien saraf merupakan zat khusus untuk tujuan menggalakkan ramisaraf dendrit tumbuh subur.
Menurut Dr W.H Schuessler, seorang pakar biokimia bangsa German menyatakan bahawa saraf di otak memerlukan beberapa nutrien atau zat tertentu untuk dapat berfungsi dengan sempurna. Nutrien atau zat yang sesuai untuk otak ialah jenis garam tisu biokimia. Setelah menjalankan kajian mengenai fungsi otak dan hubungannya dengan makanan, maka Prof. Dr Azizan Hj Ismail telah berjaya merumuskan sejenis rumusan iistimewa untuk otak yang diberi nama EXAMO-CKM 500.
EXAMO-CKM 500 adalah zat atau nutrien yang dapat menyuburkan otak. EXAMO-CKM 500 dirumus mengandungi nutrien saraf kalsium posfat, kalium posfat dan magnesium posfat yang merupakan zat penggalak bagi menyuburkan pertumbuhan ramisaraf dendrit neuron otak. Di samping itu, EXAMO-CKM 500 adalah merupakan nutrien saraf yang diperlukan untuk memulihkan tenaga otak bagi mendapatkan kesempurnaan fungsi otak, berfikir, mengingat dan sebagainya.

Kesan Kegunaan
a. Meningkatkan Kecerdasan akal – Penyelidikan Prof. Pyotr Anokhin, menunjukkan bahawa kecerdasan bergantung kepada kesuburan pertumbuhan ramisaraf dendrid neuron. EXAMO-CKM 500 merupakan baja penyubur.
b. Memulihkan tenaga mental – Tenaga mental dalam bentuk elektrik. Sumber bekalan elektrik otak daripada kimia. Neurotransmisi melibatkan neurotransmiter yang terdiri daripada ion-ion K, Mg, Na, Ca, Cl dan lain-lain.
c. Membasmi masalah lupa – Lupa terjadi apabila maklumat yang diperlukan pada waktu itu tidak dapat dikeluarkan daripada simpanan. Fenomena kesesakan lalulintas maklumat dalam otak perlu ada laluab naklumat baru dan perbanyakkan siratan ramisaraf dendrit.
.
Lain-lain kegunaan
1. Payah tidur
2. Migrain
3. Lelah
4. Kanak-kanak degil
5. Orang pendiam, malu, takut dan pemarah
6. Gangguan mimpi-mimpi gerun
7. Pesakit jiwa atau mental
.
Cara Makan:
Dikemam dalam mulut
Umur Kuantiti
Bayi kurang 1 tahun……………..1 biji
Kanak-kanak (1-7 tahun)……………..2 biji
Kanak-kanak (7-14 tahun)……………..3 biji
Dewasa (14 tahun ke atas……………..4 biji
.
Minggu Kekerapan
Minggu pertama……………..3 kali sehari
Minggu ke-2 dan ke-3……………..2 kali sehari
Minggu ke-4 dan seterusnya……………..1 kali sehari

No comments:

Post a Comment